Oct 16, 2006

deeparaya

Hepi deepavali to all malysian..

Oct 12, 2006

My Canteen

Kantin SkBud4 menyediakan makanan yang berkhasiat dan memenuhi piawai. Namun begitu sebarang masalah, cadangan dan komen terhadap kantin sekolah perlulah mengikut prosedur yang betul. kebersihan kantin sentiasa di jaga oleh pengusaha dan murid-murid. Suasana kantin sekolah adalah amat diutamakan.

Oct 11, 2006

Astronaut

Ini angkasawan sk bud4..

Oct 6, 2006

Sk.Bud4 Crew..

Inilah barisan pejuang anak bangsa kita.. Guru Skbud4 terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mempu untuk memajukan diri dan anak bangsa.. Semoga jasa dan pengorbanan mereka tidak dilupakan... Tahniah kerana memilih kerjaya Perguruan...

Oct 5, 2006

Sekolahku Syurgaku

Sekolahku Syurgaku Sk Bandar Utama Damansara 4 telah dibuka pada 4 tahun yang lalu.. Sekolah ini merupakan sekolah yang sangat cantik dari segi fasiliti dan binaanya. Pada mulanya SkBud4 hanya mempunyai seramai 20 orang guru permulaan tetapi kini sudah mempunyai 32 orang guru.. SkBud4 terletak di kawasan perumahan Bandar Utama Damansara 4 dan dikelilingi oleh pasaraya terkemuka dan jalan raya utama di selangor.. Pencapaian Akademik di sekolah ini adalah sangat membanggakan jika dibandingkan dengan sekolah yang berada di sekeliling Bandar Utama.. Guru-guru amat menyayangi murid dan memberi ilmu dengan sepenuh hati.. Murid-murid sangat menghormati guru dan berwawsan untuk cemerlang.. Semoga sekolah ini dapat mecapai tahap pendidikan yang disegani di Malaysia. Majulah SkBUd4.

Oct 4, 2006

Camping 2006...

Perkhemahan Unit Beruniform 2006

Bulan september 2006 mencatatkan rekod di SkBud4 apabila sekolah telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform kali-1 di Kem Sedayu Gombak... Bertemakan alam sekitar, program ini telah memupuk semangat kerjasama, setiakawan, menepati masa dan meghormati kawan dan guru.. Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah.. Burung Pungguk.. Aktiviti ini adalah seseram namanya apabila hampir 80% pelajar menagis keseakan ketakutan.. Antara aktiviti lain yang menarik ialah meredah sungai dan beriadah.. Semoga pada tahun yang akan datang program ini dapat diteruskan dan disambur baik oleh semua warga SKbud4.. ;)

High5 Bread Town.... Best :)

Lawatan Sambil Belajar
:) Last month.. Kelas Tahun6 telah membuat beberapa lawatan ke sekitar Lembah Kelang... Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan mengisi input berguna kepada pelajar tahun6 yang baru selesai... Lawatan sambil belajar ini telah di buat di Aquaria, Klcc, Bread Town Shah Alam dan Planeterium Malaysia.. Seramai 45orang pelajar telah mengikuti lawatan ini. Program ini telah diselia oleh Cikgu Salbiah, Cikgu Khairil Rizal dan Cikgu Zulkhairi.. Semoga semua pelajar dapat mendapat manafaat daripada lawatan ini. Lawatan sambil belajar ini akan diteruskan pada tahun yang akan datang.. Alohaaa...

Oct 2, 2006

Balik Kampung Lah...

Balik Kampung....
Ramadhan dah tiba.. Syawal akan menyusul tak lama lagi... semua tak sabar nak balik kampung.. ada yang balik kat sabah.. balik sarawak.. balik kelantan dan perak... ramai jugak cekgu yang balik ke serata tempat negeri lain.. Untuk rekod, terdapat 3 orang guru sabah mengajar di SKBUD4 dan seorang guru dari sarawak.. Moga semua dapat balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Sempena Bulan Ramadhan ni kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKBUD4 yang beragama Islam.. Puasa itu tuntutan agama.. KepadaCekgu Din, Zul, Awe, Keril, Kerol jangan pulak ponteng puasa