Nov 16, 2006

KEPUTUSAN UPSR 2006

16Hb November 2006... Tangisan kegembiraan menyelebungi SKBUD4. Result UPSR 2006 untuk pelajar tahun 6 telah sampai tepat jam 10.15pagi.. Ketibaan Pn.Salbiah membawa keputusan sangat dinantikan oleh guru dan murid-murid. Keputusannya.. 15Orang Pelajar telah mendapat 5A, dan 15Orang mendapat 4A.. Tahniah diucapkkan. Dari segi prestasi dan rekod keputusan tahun 2005.. SKBUD4 telah meningkatkan Kualiti keputusan dan rekod mendapat 5A.. namun begitu peratusan agak menurun sedikit berbanding tahun 2005.Hal ini adalah dijangka kerana bilangan pelajar yang mengambil peperiksaan tahun ini adalah lebih ramai berbanding tahun sebelumnya... guru-guru dan warga SKBUD4 mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar dan keluarga mereka..

PELAJAR CEMERLANG 2006

Photobucket - Video and Image Hosting Mohd Danial Adam telah mendapat keputusan yang membanggakan sekolah, keluaraga dan diri beliau sendiri. Mengikut beliau, belajar dari guru yang berpengalaman dan berpengetahuan adalah amat penting. Perhatian yang penuh juga perlu di dalam kelas dan menitikbaratkan pergaulan dengan kawan.

Nov 13, 2006

Gaya Warga SKBUD4

Koleksi gambar Hari Anugerah Kecemerlangan 2006 boleh dilayari di fotopages sekolah dengan "klick" pada bahagian link. Semoga semua dapat memberi komen.

Persembahan Pelajar

Hai..Tahniah kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan Hari Anugerah Kecemerlangan

Hari Anugerah Kecemerlangan

Nov 7, 2006

HARI AKADEMIK

Sk.Bandar Utama Damansara 4 akan mengadakan majlis yang amat bermakna pada minggu ini. Sambutan Hari Kanak-kanak akan dijalankan pada 10hb November 2006 di dataran sekolah. Kepada Ibu Bapa yang ingin menyambut bersama majlis ini adalah sangat dialu-alukan.. Sambutan ini dijalankan sebagai menunjukkkan bahawa murid-murid dan anak-anak kecil ini disayangi.. Pada keesokan harinya pula.. 11hb November 2006. Sambutan Hari Akademik sekolah akan dijalankan.. murid dan semua ibu bapa dijemput hadir ke sekolah pada 7.30am.. Majlis akan bermula seawal jam 8.00am.. Hari Akademik ini adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid di atas pencapaian mereka dalam akademik di sekolah sepanjang tahun.. Banyak persembahan menarik juga akan dijalankan bersama murid dan guru. Pastinya Hari Akademik ini sangat bermakna kepada semua warga SkBud4. Tahniah.

Oct 16, 2006

deeparaya

Hepi deepavali to all malysian..

Oct 12, 2006

My Canteen

Kantin SkBud4 menyediakan makanan yang berkhasiat dan memenuhi piawai. Namun begitu sebarang masalah, cadangan dan komen terhadap kantin sekolah perlulah mengikut prosedur yang betul. kebersihan kantin sentiasa di jaga oleh pengusaha dan murid-murid. Suasana kantin sekolah adalah amat diutamakan.

Oct 11, 2006

Astronaut

Ini angkasawan sk bud4..

Oct 6, 2006

Sk.Bud4 Crew..

Inilah barisan pejuang anak bangsa kita.. Guru Skbud4 terdiri daripada guru-guru yang terlatih dan mempu untuk memajukan diri dan anak bangsa.. Semoga jasa dan pengorbanan mereka tidak dilupakan... Tahniah kerana memilih kerjaya Perguruan...

Oct 5, 2006

Sekolahku Syurgaku

Sekolahku Syurgaku Sk Bandar Utama Damansara 4 telah dibuka pada 4 tahun yang lalu.. Sekolah ini merupakan sekolah yang sangat cantik dari segi fasiliti dan binaanya. Pada mulanya SkBud4 hanya mempunyai seramai 20 orang guru permulaan tetapi kini sudah mempunyai 32 orang guru.. SkBud4 terletak di kawasan perumahan Bandar Utama Damansara 4 dan dikelilingi oleh pasaraya terkemuka dan jalan raya utama di selangor.. Pencapaian Akademik di sekolah ini adalah sangat membanggakan jika dibandingkan dengan sekolah yang berada di sekeliling Bandar Utama.. Guru-guru amat menyayangi murid dan memberi ilmu dengan sepenuh hati.. Murid-murid sangat menghormati guru dan berwawsan untuk cemerlang.. Semoga sekolah ini dapat mecapai tahap pendidikan yang disegani di Malaysia. Majulah SkBUd4.

Oct 4, 2006

Camping 2006...

Perkhemahan Unit Beruniform 2006

Bulan september 2006 mencatatkan rekod di SkBud4 apabila sekolah telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform kali-1 di Kem Sedayu Gombak... Bertemakan alam sekitar, program ini telah memupuk semangat kerjasama, setiakawan, menepati masa dan meghormati kawan dan guru.. Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah.. Burung Pungguk.. Aktiviti ini adalah seseram namanya apabila hampir 80% pelajar menagis keseakan ketakutan.. Antara aktiviti lain yang menarik ialah meredah sungai dan beriadah.. Semoga pada tahun yang akan datang program ini dapat diteruskan dan disambur baik oleh semua warga SKbud4.. ;)

High5 Bread Town.... Best :)

Lawatan Sambil Belajar
:) Last month.. Kelas Tahun6 telah membuat beberapa lawatan ke sekitar Lembah Kelang... Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan mengisi input berguna kepada pelajar tahun6 yang baru selesai... Lawatan sambil belajar ini telah di buat di Aquaria, Klcc, Bread Town Shah Alam dan Planeterium Malaysia.. Seramai 45orang pelajar telah mengikuti lawatan ini. Program ini telah diselia oleh Cikgu Salbiah, Cikgu Khairil Rizal dan Cikgu Zulkhairi.. Semoga semua pelajar dapat mendapat manafaat daripada lawatan ini. Lawatan sambil belajar ini akan diteruskan pada tahun yang akan datang.. Alohaaa...

Oct 2, 2006

Balik Kampung Lah...

Balik Kampung....
Ramadhan dah tiba.. Syawal akan menyusul tak lama lagi... semua tak sabar nak balik kampung.. ada yang balik kat sabah.. balik sarawak.. balik kelantan dan perak... ramai jugak cekgu yang balik ke serata tempat negeri lain.. Untuk rekod, terdapat 3 orang guru sabah mengajar di SKBUD4 dan seorang guru dari sarawak.. Moga semua dapat balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Sempena Bulan Ramadhan ni kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKBUD4 yang beragama Islam.. Puasa itu tuntutan agama.. KepadaCekgu Din, Zul, Awe, Keril, Kerol jangan pulak ponteng puasa

Sep 21, 2006

LOGO

LOGO
SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4

MAKMAL KOMPUTER SEKOLAHKU
Makmal sekolah Skbud4 telah beroperasi sepanjang tahun 2006.. Akses Internet telah diperbaiki dan diselanggara dengan baik.. Ramai guru yang telah mengaplikasikan penggunaan komputer di makmal. Diharapkan paeraturan makmal dapat di patuhi oleh semua pelajar dan guru... Antaranya ialah, tidak dibenarkan makan atau minum, tidak boleh membuang sampah di dalam makmal, guru dan pelajar perlu menggunakan step yang betul semasa membuka dan menutup sistem, tidak boleh meng instal program yang tidak diarahkan oleh penyelaras komputer..

Dataran SkBud4

Dataran Sk Bandar Utama Damansara 4
Gambar dataran ini merupakan kawasan yang dijadikan tempat untuk berhimpun pada setiap pagi.. Perhimpunan rasmi pada hari Isnin akan dijalankan tepat pada jam 7.30 pagi.. semua pelajar adalah diwajibkan hadir pada setiap perhimpunan pagi dan diwajibkan untuk datang awal ... kawasan ini juga merupakan kawasan permainan untuk acara sukaneka hari sukan sekolah.. pada waktu rehat, ramai pelajar berkejaran di kawasan ini, perbuatan ini adalah salah. perlu ditegaskan di sini bahawa... Dataran Perhimpunan merupakan kawasan larangan berlari dan telah diwartakan sebagai SILENT AREA.